Pegawai CGC maut nahas
ALOR STAR: Seorang pegawai syarikat Credit Guarantee Corporation (M) Bhd di Petaling Jaya maut manakala isterinya seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris parah dalam kemalangan di Km5 Jalan Sungai Petani-Alor Star dekat sini pagi tadi.Anak lelaki mereka yang berusia setahun, Mohd Omar Husaini tidak mengalami sebarang kecederaan.Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Insp Azhar Esa berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi apabila Mohd Akashah Abdullah, 28, dan isteri Asma Hanee Ariffin, 28, dalam perjalanan dari Bernam Jaya, Selangor ke rumah ibu bapa Mohd Akashah di Taman Serindik, Jalan Langgar dekat sini.“Kereta mangsa dipercayai terlanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam tali air Terusan Wan Mat Saman,” katanya.
He my office mate when i was in cgc ...sempat berckp dengan dia sebelum resign about the job and his experience in the bank ... may allah bless him alfatihah ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment