Monday, September 8, 2008

Ramadan kali ini

ramadan kembali lagi .. sama seperti ramadan2 yang lalu .. tapi kali ini tidak mungkin sama lagi sampai bila2 kerana tahun ini tiada lagi tangan sejuk atuk yang boleh bersalam kerana atuk telah meninggal dunia ....pada may yang lalu

Ramadan kali ini cam rasa bukan ramadan kerana kerja2 masih sibuk seperti bulan2 yang lalu ...masih lagi berkejar2 kejar mencari juadah berbuka masih lagi berkejar2 pulang dan masih lagi berbuka sendirian menghadap tv seperti ramadan ramadan yang lepas.....

Ramadan ini rasanya sedikit lesu dan suram .. mungkin kerana menghadapi kernah kerja2 yang berbeza .. ramadan kali ini agak hambar mungkin kerana tiada lagi gelak ketawa teman teman yang memahami seperti linda dan kawan2 .. ramadan kali ini hanya di hiasi oleh oleh rasa bosan dan waktu yang amat sibuk ....dan terhad serta membataskan waktu untuk bertemu kwn2 lama ...

Dahulu waktu2 ramadan adalah waktu yang di isi dgn gelak ketawa ... bersama2 teman menghiasi department menyusun segala benda yang harus di lengkapkan sebelum menjelang syawal .. kami berebut2 mengambil gambar department dgn pelbagai2 post agar kelihatan terbaik berbanding department lain .. tapi kali ini tidak lagi ramadan cuma sibuk dgn hiruk pikuk kesibukan yang tak pasti smpi bila akan terhenti...

Apapun ramadan seperti sebelum ini tidak akan berulang lagi .. ianya sudah jauh di tinggalkan dalam lipatan masa ... yang berlalu semakin pantas ....

Sepantas masa ramadan pergi sepantas itulah masa senantiasa di kerjar entah smpi bila .... tadi waktu pulang melewati jalan 2 yang sesak terdengar di corong radio mengatakan allah sgt marah pada manusia yang terlalu mengejar keduniaan.. hmm rasa terhenti seketika mendengar ayat itu ...

Apapun ucapan Selamat menyambut ramadan kepada semua teman2 di mana jua berada semoga persahabatan kekal sepanjang hayat ...

No comments: